PENGEPOSAN DAN PERKHIDMATAN KURIER
By MALAYA CORPORATE
Pengeposan dan perkhidmatan kurier di Malaysia beroperasi berdasarkan Akta Perkhidmatan Pos 2012 (APP 2021) . Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) adalah badan yang bertanggungjawab bagi mengawalselia perkhidmatan pengeposan dan kurier di Malaysia. APP 2012 mengandungi garis panduan khas bagi menjamin persaingan sihat di dalam industri.
Untuk memulakan perniagaan khidmat kurier di Malaysia, anda perlu memiliki salah sejenis dari lesen perkhidmatan samada umum atau khusus.
Disclaimer : Maklumat ini mengandungi bahan copyright yang dimiliki oleh pemilik berkaitan.
Tempoh sah bagi lesen jenis umum adalah 20 tahun dari tarikh lesen tersebut dikeluarkan. Contoh pemegang lesen umum adalah Pos Malaysia Berhad. Lesen jenis khusus pula sah untuk 3 tahun sahaja dari tarikh lesen dikeluarkan. Lesen khusus terbahagi kepada 3 jenis iaitu Lesen A, Lesen B dan Lesen C. Lesen A : Antarabangsa (Inbound & Outbound) serta Domestik . Terdapat 44 syarikat di Malaysia memiliki lesen ini. Lesen B : Antarabangsa (Inbound) dan Domestik . Terdapat 48 syarikat yang memiliki lesen ini di Malaysia. Lesen C : Domestik antara negeri . Terdapat 30 syarikat yang mempunyai lesen C .
Berikut merupakan syarikat-syarikat yang memiliki lesen khusus di Malaysia https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/List-of-Courier-Services-Licenses_.pdf
Panduan Memohon Lesen
Maklumat yang diperlukan untuk memohon lesen kurier adalah seperti berikut :
Maklumat Pemohon
Pengisytiharan berkanun oleh ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif syarikat (untuk memastikan pemohon menepati kelayakan yang diperlukan)
Pelan Perniagaan
Laporan Kewangan syarikat
Bukti bertulis jumlah modal berbayar
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Dokumen Bagi Lesen Jenis Khusus
Bagi pemohon yang berminat untuk memohon lesen jenis khusus, anda dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut oleh SKMM
Borang Permohonan Lesen Jenis Khusus (Bagi Permohonan Baru atau Pembaharuan Lesen)
Semua dokumen yang disenaraikan di atas
Pengisytiharan Berkanun bagi lesen jenis khusus
Borang-borang tersebut boleh dimuat turun dari website ini : Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia.
Modal Berbayar Minimum
Modal Berbayar Minimum | ||
Jenis Lesen | Modal Berbayar(RM) | |
Lesen Umum | 100,000,000 | |
Lesen Khusus | Licence A | 1,000,000 |
Licence B | 500,000 | |
Licence C | 100,000 | |
Yuran Permohonan, Yuran Pembaharuan, Yuran Penggantian, Perlantikan atau Pertukaran, dan Yuran Tahunan
Penerangan | Fee (RM) | Waktu Bayaran |
Permohonan Lesen Jenis Umum | 500 | Sewaktu Menghantar Permohonan |
Yuran Tahunan Lesen Jenis Umum | 0.5% dari jumlah keuntungan tahunan selepas audit atau RM1.5 juta , yang mana satu lebih tinggi | 90 hari sebelum tarikh tamat tempoh lesen |
Permohonan Lesen Jenis Khusus | 100 | Sewaktu Menghantar Permohonan |
Yuran Tahunan bagi lesen jenis khususLicense A | 30,000 | Sewaktu lesen diluluskan atau dalam tempoh 30 hari dari tarikh lesen berkuatkuasa. |
License B | 10,000 | |
License C | 500 |