PERNIAGAAN TUKARAN WANG ASING
By MALAYA CORPORATE
Perniagaan Tukarang Wang Asing merujuk kepada perkhidmatan menukar, menukar dan jual beli wang asing secara borong. Perniagaan Tukaran Wang terbahagi kepada 4 kategori iaitu Kelas A, B, C, dan D. Lesen Kelas A adalah untuk perniagaan tukaran wang dan penghantaran wang sahaja. Lesen Kelas B pula adalah untuk penghantaran wang sahaja.Lesen Kelas C pula hanya untuk perniagaan tukaran wang, manakala Lesen Kelas D adalah untuk perniagaan jualan matawang secara borong sahaja. Semua jenis perniagaan berkaitan wang ini tertakluk pada Akta Perniagaan Perkhidmatan Matawang 2011. Ianya bertujuan membolehkan bank pusat mengawalselia industri tersebut . Setiap lesen adalah sah selama 3 tahun melainkan tempoh singkat lain yang disyaratkan oleh Bank .
Disclaimer : Kami tidak menyediakan servis permohonan lesen perniagaan . artikel ini hanya untuk perkongsian info
Perniagaan tukaran mata wang adalah perniagaan yang melibatkan penukaran pelbagai jenis mata wang berlainan negara yang mengikut kadar pertukaran yang tertentu, atau perniagaan jual beli Cek Pengembara mengikut kadar pertukaran tertentu. Segala bentuk perniagaan berkaitan Tukaran Mata Wang ini tertakluk pada Akta Perniagaan Perkhidmatan Matawang 2011 (Akta 731) dibawah seliaan Bank Negara Malaysia .
Menjalankan perniagaan tanpa lesen adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) akta 731 dan boleh didenda di bawah Seksyen 4 (4) akta 731. Untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen, anda boleh merujuk pada website berikut : MONEY SERVICES (LICENSING) REGULATIONS 2012.
Berikut merupakan jumlah yuran yang perlu dibayar sewaktu memohon lesen :
Description of Fee (RM) Date of Payment
Penerangan | Fee (RM) | Tarikh Bayaran | |
1. | Permohonan Lesen | 500 | Apabila Permohonan Lulus |
2. | Pembukaan atau Berpindah Cawangan | 500 setiap permohonan | Sewaktu menghantar permohonan |
3. | Lesen Tahunan :a) Cawangan Utama | 500 | Disember setiap tahun |
b) Setiap Cawangan Lain | 500 | Disember setiap tahun | |
c) Setiap pejabat kluster (maksimum 20 kluster) | 500 per cluster | Disember setiap tahun | |
4. | Lesen Tahunan :a) Kumpulan pegawai pertama (maksimum 20 orang per kumpulan) | 500 per cluster | Disember setiap tahun |
b) setiap tambahan kumpulan pegawai (maksimum 20 orang) | 500 per cluster | Disember setiap tahun | |
*Yuran Tahunan di bawah perkara 3 dan 4 hendaklah dibayar pada tarikh tamat tempoh pada tahun pertama lesen dikeluarkan | |||
MONEY SERVICES BUSINESS (LICENSING) REGULATIONS 2012:
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/964944/pua_20120305_P.U.+%28A%29+70+-+PERATURAN-PERATURAN+PERNIAGAAN+PERKHIDMATAN+WANG+%28PELESENAN%29+20.pdf
For MONEY SERVICES BUSINESS LICENSE APPLICATION can refer to the document and send to BNM: https://www.bnm.gov.my/documents/20124/53367/Application+Form+for+MSB+licence_BM_22072013.doc
For more information, go directly to the official website of Bank Negara Malaysia.
Sources information from https://www.bnm.gov.my/