MUDAHNYA! 5 TIPS MEMILIH NAMA SYARIKAT YANG UNIK
Apakah nama yang anda nak masukkan ke syarikat? Ayuh kaji tips dan bagaimana memilih nama syarikat yang menarik!
Oleh AZIZAM AZIZAN
Nama merupakan melambangkan identiti kepada seseorang lebih-lebih lagi kepada syarikat. Ianya sangat berkait rapat dengan penjenamaan perniagaan. Jangan main-main! Salah pilih nama boleh mengundang pelbagai masalah kepada perniagaan. Namun begitu, tahukah anda bagaimana hendak memilih nama-nama yang unik dan istimewa dengan selamat? Berikut adalah garis panduan dan tips pemilihan nama syarikat anda!
BAGAIMANA HENDAK MENCARI IDEA MEMILIH NAMA SYARIKAT YANG MENARIK?
Terdapat beberapa cara untuk mencari nama syarikat yang diidamkan anda. berikut adalah 3 cara untuk menjentik kreativiti anda memcari nama bakal syarikat anda:
- Anda boleh menggunakan identiti atau jenis perniagaan untuk membina nama syarikat yang unik. Sebagai contoh, Hassan Hypermarket dimana hassan merupakan nama dan hypermarket ialah jenis perniagaan yang dijalankan.
- Cuba google name generator seperti namelix.com, businessnamegenerator.com atau novanym.com untuk mencari idea-idea menarik untuk dijadikan nama syarikat.
- Nama yang istimewa pada diri anda juga boleh dicadangkan untuk diletakkan sebagai nama syarikat seperti nama keluarga, nama singkat anda atau nama-nama yang mengambarkan diri anda.
TIPS MEMILIH NAMA SYARIKAT YANG UNIK!
Berikut adalah 5 tips dalam memilih nama syarikat yang menarik:
NAMA PENDEK DAN PADAT
Nama syarikat yang pendek sangat mudah diingati. Sebaiknya nama syarikat menggunakan satu hingga dua perkataan sahaja. Kita boleh lihat syarikat-syarikat gergasi seperti Apple, Huawei, Tesla, Netflix menggunakan nama singkat bagi memudahkan orang ramai mengingati mereka. Anda boleh cuba mencari nama singkat tapi sesuai dengan anda untuk didaftarkan sebagai nama syarikat.
KESESUAIAN
Nama syarikat perlu berkaitan dan mengambarkan perniagaan yang dijalankan. Ianya amat penting bagi mengelakkan kekeliruan pelanggan kelak. Contohnya, nama syarikat anda Aida Katering tetapi anda meniaga produk kecantikan.
INDUSTRI PERNIAGAAN
Disarankan untuk anda meletakkan nama syarikat anda yang ada berkaitan dengan industri peniagaan yang anda ceburi. Sebagai contoh, Restoran Pelita Nasi Kandar merupakan perniagaan dalam industri makanan dan nama meraka melambangkan perniagaan nasi kandar yang mereka pelopori. Apabila meletakkan nama yang jelas, mudah pelanggan untuk mengetahui tawaran yang diberikan oleh syarikat anda.
JELAS DAN TIDAK MENGELIRUKAN
Seringkali semasa ingin mencari nama syarikat, kita memilih nama-nama yang terlampau canggih sehingga boleh menimbulkan kekeliruan. Ini sering terjadi apabila kita mengabungkan nama atau mencipta akronim yang kita sendiri yang faham maknanya. Berhati-hati semasa mencipta nama tersebut supaya ianya tidak menimbulkan maksud yang tidak diingini atau sama dengan syarikat yang sediaada.
KREATIF
Nama syarikat yang unik pasti akan sentiasa diingati oleh pelanggan. Maka anda perlu kreatif dalam mencari nama syarikat anda. Antara cadangannya ialah dengan menggunakan perkataan bahasa lain untuk dijadikan nama syarikat anda. Sebagai contoh, Bonita merupakan bahasa Portugis yang membawa maksud cantik. Pastikan nama yang dipilih itu tidak membawa maksud tidak elok atau negatif.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN NAMA SYARIKAT
Terdapat beberapa panduan yang telah digariskan oleh Akta Syarikat 2016 berkenaan pemilihan nama antaranya ialah:
- Nama Syarikat untuk Syarikat di Malaysia hendaklah diakhiri dengan perkataan Sdn Bhd atau Sendirian Berhad; Sendirian Berhad or Sdn Bhd.
- 2 kategori
Nama Sendiri - Mengikut nama pada NRIC. Contohnya Azizam Azizan Sdn Bhd
Nama Perniagaan Selain Nama sendiri, anda digalakkan memilih nama yang melambangkan perniagaan anda - Jumlah Perkataan – Tidak terlalu pendek atau terlalu panjang – Nama perniagaan tidak boleh terlalu pendek atau melebihi 50 patah perkataan;
- Nama terlalu umumNama perniagaan tidak boleh terlalu umum;
- Melambangkan perniagaan – Pilihlah nama syarikat yang melambangkan perniagaan anda; Sebagai contoh jika syarikat ada kaitan dengan industri pembinaan, dicadangkan untuk meletak perkataan seperti mining, contractor, bina di nama syarikat anda;
- Boleh Di baca - Nama Perniagaan Mestilah boleh di baca. Perkataan simbol Arab مثال . 例 Chinese, 예 Korea tidak boleh digunakan
- Nama yang Hampir Sama - Tahukah anda sehingga tahun 2020 sebanyak 7 juta perniagaan telah berdaftar dengan SSM? Dengan nama syarikat yang banyak, SSM amat jarang meluluskan nama syarikat yang lebih kurang sama;
- Bukan Nama Politik - Pakatan National, UMNO, Bersatu, Amanah, PKR, Pakatan Harapan, Barisan Nasional tidak boleh digunakan
- Nama Raja - Nama-nama yang mencadangkan sambungan dengan ahli-ahli keluarga diraja atau naungan diraja termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan "Royal", "King", "Queen", "Prince", "Princess", "Crown", "Regent" or "Imperial" ;
- Nama-Nama Persatuan - Nama seperti Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dengan mana-mana organisasi antarabangsa atau kartel termasuk nama yang mengandungi perkataan "ASEAN", "UNESCO", "NATO", "EEC", "OPEC"
- Bukan Nama yang Diwatarkan -Boleh lihat dibawah
- Bukan Nama Kawalan -Rujuk Dibawah
- Nama-nama tuhan;
- Nama yang difikirkan tidak sesuai – Nama-nama seperti Gangster, 3 Line, Yazuka, Double Sevent, MOB, ISIS, Corona