Notice: Malaya Corporate Group Sdn Bhd is a private professional consultancy firm. We are NOT a government agency. Services can be applied directly via official government portals. We charge a service fee for our expertise.

Borang Pulangan Tahunan kepada SSM Malaysia

Borang Pulangan Tahunan kepada SSM Malaysia

Penyerahan Pulangan Tahunan syarikat di Malaysia adalah syarat undang-undang terpenting yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Oleh AZIZAM AZIZAN

Pulangan tahunan merupakan sebuah dokumen yang menggambarkan dasar sesebuah syarikat. Pulangan Tahunan merupakan dokumen penting yang wajib dihantar kepada SSM seperti yang telah ditetapkan.

Seperti yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016, Pulangan Tahunan sesebuah syarikat wajib dihantar pada setiap ulangtahun tarikh syarikat tersebut dan tidak melebihi 30 hari dari Tarikh tersebut.

Pulangan Tahunan bagi syarikat dengan Tarikh ulangtahun pada 2017 hanya perlu dibuat pada tahun 2018 kerana Akta Syarikat 2016 masih belum berkuatkuasa pada masa itu.

Sekiranya syarikat gagal memfailkan Pulangan Tahunan seperti yang tertakluk dalam undang-undang, syarikat dan pengarahnya akan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 68 Akta Syarikat 2016. Beberapa maklumat perlu dimasukkan dalam dokumen tersebut contohnya seperti

  1. Alamat pejabat berdaftar
  2. Alamat pejabat perniagaan
  3. Alamat pejabat cawangan (sekiranya ada)
  4. Aktiviti-aktivi perniagaan prinsipa
  5. Jumlah modal berdaftar yang dibenarkan
  6. Jumlah modal berbayar
  7. Tanggungan-tanggungan berdaftar dengan SSM (iaitu aset syarikat yang dicagarkan)
  8. Pengarah-Pengarah Syarikat
  9. Setiausaha Syarikat Dilantik
  10. Pemegang-Pemegang Saham

PERLUKAN MAKLUMAT LANJUT? MALAYA CORPORATE DI SINI UNTUK MEMBANTU ANDA

KLIK Pautan DI BAWAH UNTUK BANTUAN!

NEED TO KNOW MORE ON INCORPORATION & BUSINESS?