Lesen Perniagaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
By MALAYA CORPORATE
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbahagi kepada 3 kategori iaitu Dewan Bandaraya, Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran. Setiap perbadanan ini mempunyai peranan dan karekteristik yang berbeza. Setiap PBT tertakluk dibawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertanggungjawab untuk mengawalselia, menetapkan polisi dan perundangan terhadap PBT serta menyalurkan dana dari kerajaan pusat.
Untuk menjalankan sesuatu perniagaan, setiap syarikat perlu berdaftar dengan SSM. Akan tetapi, usahawan juga perlu mendapatkan lesen dari PBT untuk mendapatkan kebenaran menjalankan perniagaan. Terdapat beberapa lesen dibawah seliaan PBT iaitu :
Lesen Composite
Lesen Perniagaan Bergerak
Lesen Penjaja Kekal
Lesen Gerai di Tepi Jalan
Lesen Periklanan Perniagaan
Pemohon perlu mendapatkan surat sokongan dari agensi terlibat berdasarkan jenis perniagaan yang dijalankan sebelum menghantar borang permohonan lesen kepada PBT
Bagi senarai penuh lesen dibawah seliaan PBT, anda boleh rujuk link berikut : https://malaysiabiz.gov.my/SenaraiLesen/SenaraiPendaftarandanLesenPerniagaan.pdf
Cara permohonan, syarat dan yuran permohonan boleh dirujuk pada agensi yang terlibat dalam perniagaan yang dijalankan
Disclaimer : Kami tidak menyediakan servis permohonan lesen perniagaan . artikel ini hanya untuk perkongsian info