UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ATAS SYARIKAT MILIK

Dibawah Seksyen 561 (1) Akta Syarikat 2016, syarikat asing tidak boleh menjalankan perniagaan di Malaysia melainkan jika syarikat asing itu didaftarkan dibawah Akta Syarikat 2016. Syarikat tersebut tidak boleh dianggap sebagai menjalankan perniagaan di Malaysia hanya disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan adalah di dalam Malaysia. Konteks “menjalankan perniagaan” di dalam Akta adalah:

  1. Syarikat mewujudkan atau menggunakan pemindahan syer atau pejabat pendaftaran syer di Malaysia
  2. Mengurus, mentadbir atau berurusniaga dengan harta yang berada di Malaysa sebagai ejen, wakil sah dari segi undang-undang, pemegang amanah, sama ada oleh pekhidmat, ejen atau selainnya
  3. Syarikat serta pegawai yang melanggar Akta akan disabitkan kesalahan

Sektor yang tiada penglibatan dari syarikat asing

Antara sektor yang digariskan tidak mempunyai penglibatan syarikat asing adalah:

  1. Pasar raya, pasar mini (tapak jualan kurang dari 3,000 meter persegi)
  2. Penjaja/ peniaga kecil
  3. Kedai serbaneka 24 jam
  4. Penjual akhbar dan pelbagai barangan
  5. Jualan berkaitan perubatan (ubat tradisional dan makanan kering)
  6. Stesyen minyak (dengan atau tanpa kedai kedai runcit)
  7. Dan lain-lain

Syarat am bagi menjalankan perniagaan bagi syarikat asing

  1. Pematuhan undang-undang

Syarikat asing perlu mematuhi undang-undang yang telah digariskan di dalam Akta Syarikat 2016 dan panduan penglibatan syarikat asing oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan kepenggunaan. Tindakan undang-undang boleh dikenakan sekiranya syarikat tersebut tidak dapat mematuhi undang-undang.

  • Waktu operasi

Waktu operasi bagi negeri-negeri di Malaysia kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah:

  1. Isnin sehingga Khamis dan Ahad pada jam 10 pagi sehingga 10 malam
  2. Jumaat dan Sabtu pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam

Waktu operasi bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah:

  1. Ahad sehingga Rabu dan Sabtu pada jam 10 pagi sehingga 10 malam
  2. Khamis dan Jumaat pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam
  • Cuti umum

Waktu operasi ketika cuti umum pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam

  • Produk Bumiputera

Bagi perniagaan syarikat asing seperti pasar raya besar dan kedai serbaneka, 30% daripada produk yang dipamerkan adalah produk bumiputera selama 3 tahun

  • Persekitaran

Perniaga perlu memastikan keselamatan, kebersihan dan penggunaan tenaga dengan efektif di tempat perniagaan

  • Ejen Syarikat asing

Syarikat asing perlu melantik seorang ejen yang akan bertanggungjawab atas undang-undang yang perlu dilaksanakan dan bertanggungjawab atas penaliti yang dikenakan ke atas syarikat tersebut

Pendaftaran syarikat asing

Pendaftaran syarikat asing boleh dilakukan dengan memberikan maklumat berkaitan kepada Pendaftar:

  1. Maklumat peribadi seperti nama, pengenalan, kewarganegaran dan alamat setiap pemegang saham di Malaysia dan jika ada diantaranya yang merupakan badan korporat, maklumat seperti nama perbadanan, alamat atau tempat asal, nombor pendaftaran dan alamat pejabat berdaftar
  2. Maklumat peribadi pengarah yang dilantik bagi syarikat asing di Malaysia
  3. Senarai pemegang saham dan ahli di tempat asalnya
  4. Bagi syarikat asing yang mempunyai modal syer, butiran mengenai kelas dan bilangan syer perlu disertakan bersama permohonan yang dilakukan
  5. Bagi syarikat tanpa modal syer, jumlah sumbangan aset yang dikeluarkan setiap ahli diperlukan
  6. Nama dan alamat individu yang dilantik sebagai ejen dibawah perjanjian pelantikan atau melalui kuasa perwakilan oleh syarikat asing yang menetap di Malaysia
  7. Maklumat-maklumat lain yang diperlukan oleh Pendaftar seperti pengesahan pesetujuan ejen atas pelantikan, bayaran fi dan lain-lain

Fi Pendaftaran

Pembayaran fi berkaitan dengan perniagaan asing

NoPerkaraFi (RM)
1Pemohonan Syarikat Asing Dengan modal syerTidak melebihi RM 1,000,000.00Melebihi RM 1,000,000.00 tidak melebihi RM 10,000,000.00Melebihi RM 10,000,000.00 tidak melebihi RM 50,000,000.00Melebihi RM 50,000,000.00 tidak melebihi RM 100,000,000.00Melebihi RM 100,000,000.00   Tanpa modal syer    5,000.00 20,000.00 40,000.00 60,000.00 70,000.00   70,000.00