KESALAHAN LAZIM SYARIKAT

Sekiranya anda mempunyai syarikat, elak dari berhadapan dengan pelbagai masalah dengan pihak berkuasa . Berikut merupakan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh syarikat-syarikat di Malaysia

Kesalahan umum yang sering dilakukan oleh sesebuah perniagaan biasanya berkaitan premis, lesen, cukai dan penyata kewangan

Kesalahan-kesalahan lazim mengikut
Akta Syarikat 2016

No

Akta

Butiran

1

Seksyen
30(1)(b) AS 2016

 

Syarikat perlu menpamerkan nama berdaftar serta nombor
pendaftaran syarikat di

a)     Pejabat berdaftarnya

b)    Tiap-tiap tempat di
mana perniagaannya dijalankan

c)     Tiap-tiap tempat di
mana bukunya disimpan

2

Seksyen
30(2)(e) AS 2016

Sesebuah syarikat hendaklah menzahirkan nama berdaftar dan
nombor pendaftaran syarikat pada

a)            
Surat perniagaan, notis dan penerbitan rasmi yang lain
termasuklah dalam bentuk elektronik

b)           
Lawan sesawang

c)            
Bil pertukaran, nota janji hutang, endorsemen dan borang
pesanannya

d)           
Cek yang berupa ditandatangani oleh atau bagi pihak syarikat

e)            
Invois pesanan dan tuntutan lain bagi pembayaran, resit dan
surat kredit yang berupa dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak
syarikat

f)             
Semua bentuk lain surat menyurat dan dokumentasi perniagaannya

3

Seksyen
68(1) AS 2016

Syarikat hendaklah menyerah simpan penyata tahunan bagi setiap
tahun calendar tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh ulang tahun
pemerbadanannya kepada Pendaftar

 

4

Seksyen
248(1) AS 2016

Pengarah tiap-tiap syarikat hendaklah menyediakan penyata
kewangan

a)     Dalam masa lapan
belas bulan dari tarikh pemerbadanannya

b)    Berikutnya dalam
masa enam bulan dari tahun kewangan berakhir

5

Seksyen
258(1) AS 2016

 

Pengedaran penyata kewangan dan laporan

a)     Bagi syarikat
persendirian, pengedaran  hendaklah
dalam masa enam bulan dari tahun kewangan berakhir

b)    Bagi syarikat awam,
pengedaran hendaklah sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum tarikh
mesyuarat agung tahunannya

6

Seksyen
259(1) AS 2016

 

Syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar bagi
setiap tahun kewangan penyata kewangan dan laporan yang dikehendaki di bawah

a)     Bagi syarikat
persendirian, dalam masa tiga puluh hari dari penyata kewangan dan laporan
itu diedarkan kepada anggotanya

b)    Bagi syarikat awam,
dalam masa tiga puluh hari dari mesyuarat agung tahunan diadakan

c)     Semua smaun yang
ditunjukkan dalam penyata kewangan dan laporan yang diserah simpan dengan
Pendaftar hendaklah disebut harga dalam mata wang Malaysia dan jika penyata
kewangan dan laporan itu dalam Bahasa Inggeris, hendaklah dilampirkan bersama
penyata kewangan dan laporan sebagai terjemahan dalam bahaga kebangsaan atau
Bahasa inggeris yang diperakukan sebagai suatu terjemahan yang betul mengikut
cara yang ditentukan oleh Pendaftar

7

Seksyen
340(1) AS 2016

 

Tiap-tiap syarikat awam hendaklah mengadakan suatu mensyuarat
agung tahunan dalam tiap-tiap tahun kalendar sebagai tambahan kepada
mana-mana mesyuarat lain yang diadakan sepanjang tempoh itu, untuk
menjalankan urusan yang berikut

a)     Pembentangan penyata
kewangan teraudit dan laporan pengarah dan juruaudit

b)    Pemilihan pengarah
bagi menggantikan pengarah yang bersara

c)     Pelantikan dan
penetapan fi pengarah

d)    Apa-apa ketetapan
atau urusan lain yang baginya notis diberikan mengikut akta atau perlembagaan

8

Seksyen
64 (8) AS 2016

 

Pendaftar boleh mengeluarkan sesebuah syarikat daripada daftar
yang diperuntukkan sekiranya syarikat gagal untuk menyerah simpan penyata
tahunan bagi tiga tahun atau lebih berturut-turut

 

9

Seksyen
245(9) AS 2016

 

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar Seksyen 245
mengenai penyimpanan akaun dikategorikan sebagai melakukan kesalahan dan
boleh apabila disabitkan, dedenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya