Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab menguruskan semua hal berkaitan industri pelancongan. Berikut adalah maklumat mengenai panduan pemohonan lesen dibawah agensi pelancongan:
PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DALAM NEGERI (MM2H) | PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN / PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN (TOBTAB) | |
JENIS PERNIAGAAN | Inbound (Warganegara sahaja) | Inbound (Syarikat Asing/Warganegara)Outbound (Syarikat Asing/Warganegara)Ticketing (Warganegara sahaja)Inbound & Outbound (Warganegara sahaja)Inbound & Ticketing (Syarikat Asing/Warganegara)Outbound & Ticketing (Warganegara sahaja)Inbound, Outbound & Ticketing (Warganegara sahaja) |
SYARAT-SYARAT | Hanya untuk Syarikat Sendirian Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Ekuiti asing tidak dibenarkan memohon. Nama syarikat hendaklah melambangkan nama syarikat Inbound (MM2H). Contoh: ABC (MM2H) SDN. BHD. / XYZ (MM2H) SDN. BHD. Memorandum dan Artikel-Artikel Syarikat (Memorandum and Articles of Association) atau Borang 11 (Notice of Resolution) hendaklah menyatakan perniagaan yang dijalankan adalah Inbound (MM2H). Contoh: “To carry business in MM2H programme” Syarikat hendaklah menjelaskan semua tunggakan kompaun yang perlu dibayar (jika ada) dan bebas daripada siasatan dan/atau pendakwaan bagi sebarang kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992; Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan (APKP) 1999 (bagi Sabah, Sarawak dan WP Labuan); dan/atau Peraturan-Peraturan di bawah AIP 1992 dan/atau APKP 1999.Mematuhi syarat pemegang saham, had ekuiti pegangan saham dan modal berbayar diterbitkan yang ditetapkan seperti di Lampiran A, Garis Panduan Permohonan Lesen MM2H. | Hanya untuk Syarikat Sendirian Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Pemegang Saham tidak mempunyai kepentingan (ekuiti saham) di dalam mana-mana syarikat agensi pelancongan yang berlesen dibawah Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992. Pemegang saham (Syarikat Asing) hendaklah telah beroperasi di negara asal sekurang- kurangnya 5 tahun. Syarikat yang mempunyai pegangan saham Syarikat Asing dengan ekuiti melebihi 51% tidak dibenarkan memiliki lesen Kenderaan Pelancongan bagi syarikat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan). Nama syarikat hendaklah melambangkan syarikat yang menjalankan Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (travel, tours, holiday, vacation, adventure dsb). Memorandum and Articles of Association atau Borang 11 (Notice of Resolution) hendaklah menyatakan perniagaan yang dijalankan adalah TOBTAB. Contoh: “To carry business in Tour Operating Business and Travel Agency Business”. Bebas daripada kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan (APKP) 1999 (Sabah, Sarawak dan WP Labuan). Mematuhi syarat pemegang saham, had ekuiti pegangan saham dan modal berbayar diterbitkan yang ditetapkan seperti di Lampiran A, Garis Panduan Permohonan Lesen TOBTAB. |
CARA PERMOHONAN | Pemohon perlulah membuat permohonan melalui dalam talian di Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) * Muatnaik juga dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang dinyatakan di para 2 di dalam Garis Panduan Permohonan Lesen masing-masing ke dalam SPIP. | |
TEMPOH PROSES PERMOHONAN | 90 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima. *tertakluk kepada pengesahan bank dalam tempoh berkenaan. | 5 hari bekerjadari tarikh permohonan lengkap diterima. |
YURAN UNTUK PROSES PERMOHONAN | RM 100.00 bagi setiap permohonan di Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP). *Pembayaranboleh dibuat melalui pembayaran secara dalam talian / Wang Pos / Draf Bank / Kiriman Wang sahaja atas nama PESURUHJAYA PELANCONGAN. | |
YURAN LESEN | RM250 | RM250 – RM950 mengikut jenis lesen |
TEMPOH SAH LESEN | 1 Tahun | 1 Tahun |
MODAL BERBAYAR | RM50,000 | Maximum RM1,500,000 mengikut jenis lesen dan pemegang saham *Boleh rujuk di Lampiran A, Garis Panduan Permohonan Lesen TOBTAB. |
Untuk garis panduan penubuhan industri boleh ke Portal Rasmi Kementerian Perlancongan Seni dan Budaya Malaysia.