CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN
Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab terhadap cukai jualan dan perkhidmatan. Cukai Jualan dan Perkhidmatan termaktub di bawah Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018.
CUKAI JUALAN
PENGENALAN | Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang yang diimport (dikenali sebagai duti kastam atau duti eksais) dan dikilang dalam Malaysia, sama ada pada masa pengimportan atau pada masa barang itu dijual atau dilupuskan oleh pengilang berdaftar kecuali di Kawasan Ditetapkan (Labuan, Langkawi, Tioman, Pangkor) dan Kawasan Khas (zon bebas, gudang berlesen, gudang pengilang berlesen, Kawasan Pembangunan Bersama, pengedar petroleum berlesen) melainkan yang telah ditetapkan dalam Perintah Cukai Jualan (Pengenaan Cukai Jualan Berkenaan dengan Kawasan Ditetapkan) 2018. |
GOLONGAN YANG PERLU MENDAFTAR CUKAI | Pengilang yang mengilang barang bercukai dengan nilai jualan barang bercukai tahunan melebihi RM500,000 Pengilang subkontrak yang nilai upah buruh bagi kerja yang dilakukan ke atas barangan bercukai melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan. * pengilang dengan nilai jualan barang bercukai RM500,000 dan ke bawah boleh memohon pendaftaran secara sukarela yang mana tertakluk kepada kelulusan oleh Ketua Pengarah Kastam * Pengilang dikehendaki memohon sebagai pengilang berdaftar tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya selepas bertanggungan untuk berdaftar. |
PENGECUALIAN PENDAFTARAN (di bawah seksyen 20) | Pengilang barang tidak bercukai (tidak layak untuk pendaftaran secara sukarela)Pengilang di bawah nilai ambangSubkontraktor yang mengilang di bawah nilai ambangAktiviti pengilangan yang telah dikecualikan daripada pendaftaran. *pengilang yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pendaftaran) 2018, tidak perlu memohon dikecualikan daripada pendaftaran tetapi boleh memohon untuk mendaftar sebagai sukarela. |
PENGECUALIAN CUKAI (di bawah seksyen 35) | Pengecualian melalui perintah (menteri boleh mengecualikan mana-mana barang/orang dari pembayaran cukai)Jadual A – orang yang dikecualikan daripada pembayaran cukai jualan. Yang di Pertuan Agong, Sultan atau Tuan Yang Dipertua, Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Kedai Bebas Cukai, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan lain-lain. Jadual B – pengilang yang memproses barang dikecualikan cukai, diberi pengecualian cukai jualan ke atas perolehan bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan yang digunakan dalam pengilangan barang yang dikecualikan cukai. Contoh: Pengeluar minyak kelapa sawit; tepung Gandum; beras dan gula Jadual C – pengecualian cukai jualan kepada pengilang berdaftar ke atas perolehan bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan yang digunakan secara langsung dalam pengilangan barang bercukai. Contoh: Pembuatan barangan perhiasan dan tukang emas; pemasangan penghawa dingin di kenderaan bermotor dan pembuatan siap pakai konkrit Pengecualian khusus (sesiapa boleh membuat permohonan pengecualian cukai kepada Menteri) * permohonan boleh dihantar ke Bahagaian Cukai, Kementerian Kewangan |
KADAR CUKAI | cukai ad valorem pada kadar 5% atau 10% berdasarkan kumpulan barangan bercukai. Boleh rujuk kadar cukai untuk barangan bercukai disini.cukai pada kadar tertentu ditetapkan untuk produk petroleum |
BARANG YANG TIDAK LAYAK DIKECUALIKAN CUKAI | Wain, spirit, bir dan minuman keras maltaRokok, tembakau dan hasil tembakauPetroleum |
TARIKH KUATKUASA PENDAFTARAN | Tarikh kuatkuasa pendaftaran hendaklah pada hari pertama bulan berikutnya selepas bulan di mana permohonan pendaftaran dibuat. |
TEMPOH CUKAI | 2 Bulan |
PROSEDUR PENDAFTARAN
Permohonan pendaftaran perlu dibuat secara dalam talian melalui portal MySST.
Selepas permohonan pendaftaran telah diluluskan, surat kelulusan akan dijana disertakan Bersama nombor pendaftaran cukai jualan, tarikh kuatkuasa pendaftaran, dan lain-lain maklumat berkaitan dengan lampiran senarai tanggungjawab pengilang berdaftar.
Surat kelulusan ini akan dihantar melalui emel yang didaftarkan oleh pemohon.
CUKAI PERKHIDMATAN
PENGENALAN | Cukai yang dikenakan ke atas barangan atau perkhidmatan bercukai yang diberikan di Malaysia oleh orang berdaftar dalam menjalankan perniagaannya atau mana-mana perkhidmatan bercukai diimport di Malaysia kecuali di Kawasan Ditetapkan (Labuan, Langkawi, Tioman, Pangkor) dan Kawasan Khas (zon bebas, gudang berlesen, gudang pengilang berlesen, Kawasan Pembangunan Bersama, pengedar petroleum berlesen) melainkan yang telah ditetapkan dalam Perintah Cukai Jualan (Pengenaan Cukai Jualan Berkenaan Dengan Kawasan Ditetapkan) 2018. |
KADAR CUKAI | 6% kadar tetap RM25 dikenakan ke atas perkhidmatan kad kredit atau kad caj untuk setiap tahun berikutnya |
PERKHIDMATAN YANG BERTANGGUNGAN UNTUK MENDAFTAR | Penginapan – hotel, rumah penginapan, service apartment, homestay.Pengendali makanan dan minuman – pengendali restoran, food court, bar, snek-bar, kantin [tidak termasuk kantin di institusi Pendidikan atau institusi keagamaan], coffee house, perkhidmatan catering.Kelab malam, dewan tari-menari, pusat kesihatan dan kesejahteraan, Rumah urut, Rumah awam dan Rumah bir– tidak termasuk perkhidmatan yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, dibawah jagaan kesihatan Kerajaan, dibawah pengurusan university yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej University 1971 atau Akta Universiti teknologi Mara 1976 bagi tujuan kesihatan.Kelab persendirianKelab padang dan lapangan sasar golfPertaruhan dan perjudianProfessional – Peguamcara dan peguam bela, peguam syarie, akauntan awam, juruukur berdaftar, jurutera professional, arkiter, perkhidmatan perundingan, perkhidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan pengurusanPerkhidmatan kad kredit dan kad cajPerkhidmatan agen Kastam Lain-lain – insurans, takaful *bergantung pada nilai ambang yang telah ditetapkan mengikut kategori. |
PERMOHONAN PENDAFTARAN
Permohonan pendaftaran perlu dibuat secara dalam talian melalui portal MySST. – Borang SST-01
Permohonan hendaklah dibuat tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas akhir bulan di mana ia bertanggungan untuk berdaftar.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Umum Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan atau terus ke laman Portal MySST.