Latar Belakang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia, (SSM) adalah badan berkanun yang diberi kuasa untuk mengawal selia dan mengawasi hal ehwal korporat dan perniagaan di Malaysia.

Oleh AZIZAM AZIZAN

Ditubuhkan pada tahun 2002 di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001, SSM mengambil alih fungsi Pendaftar Syarikat dan Pendaftaran Perniagaan. 

Peranan SSM adalah untuk menambahbaik tadbir urus korporat dengan berfungsi sebagai agen penguatkuasaan dan pemantauan, mengendalikan pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan serta menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam

Rangka Kerja Perundangan SSM

SSM beroperasi di bawah akta dan peraturan yang disenaraikan seperti di bawah:
1. Akta-akta
• Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614);
• Akta Syarikat 2016 (Akta 777);
• Akta Pendaftaran Perniagaan 2016 (Akta 197);
• Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100);
• Akta Dana Kootu (Larangan) 1971 (Akta 28);
• Akta A1299 SYARIKAT (PINDAAN) AKTA 2007


2. Peraturan
• Peraturan Syarikat 1966;
• Peraturan Pendaftaran Perniagaan 1957

Secara umumnya, SSM adalah agensi kerajaan yang mengawal dan mengawasi urusan korporat dan perniagaan di Malaysia. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Malaysia, sila pastikan anda membaca artikel ini sebelum meneruskan prosedur pendaftaran perniagaan dan syarikat dengan SSM.

PERLUKAN MAKLUMAT LANJUT? MALAYA CORPORATE DI SINI UNTUK MEMBANTU ANDA

KLIK Pautan DI BAWAH UNTUK BANTUAN!