PENUBUHAN STESEN MINYAK /PORTABLE CONTAINER SYSTEM (PCS)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia semua aktiviti-aktiviti pemasaran dan pengedaran bahan-bahan petroleum atau bahan keluaran petroleum. Setiap aktiviti pemasaran dan pengedaran barangan petroleum merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974, Peraturan-Peraturan 1974, Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Bagi penubuhan stesen minyak, ia melibatkan perniagaan jenis milikan tunggal, perkongsian, koperasi dan juga Syarikat Sendirian Berhad. Untuk pengusahaan stesen minyak, pemohon perlu mempunyai Lesen perniagaan/kebenaran daripada PBT, kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Lesen Kebenaran PDA dan Lesen CSA. Di mana setiap permohonan berkaitan dengan petroleum adalah dibawah kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Berikut adalah beberapa maklumat penubuhan stesen minyak:
STESEN MINYAK BERJENAMA PENUH | STESEN MINYAK MINI | PORTABLE CONTAINER SYSTEM (PCS) | SKID TANK | |
MINIMUM MODAL BERBAYAR (SDN. BHD) | RM 200,000 | RM 50,000 | RM 50,000 | N/A |
MINIMUM MODAL KERJA (MILIKAN TUNGGAL/ PERKONGSIAN/ KOPERASI) | RM 200,000 | RM 50,000 | RM 50,000 | RM 50,000 |
PEMILIKAN EQUITI * Hanya untuk warganegara sahaja, ekuiti asing tidak dibenarkan | Company Owned, Dealer Operated (CODO) 1. Milikan Tunggal: 100% dimiliki oleh Bumiputera 2. Perkongsian/ Sendirian Berhad: minimum pegangan ekuiti 30% Bumiputera. Dealer Owned, Dealer Operated (DODO) – tidak tertakluk kepada pegangan ekuiti Bumiputera | |||
TEMPOH SAH | Maksimum 3 tahun (tertakluk kepada pertimbangan Kementerian) | |||
CARA PERMOHONAN | Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui atas talian di laman sesawang BLESS 2.0 dan menghantar hardcopy secara serahan tangan di kaunter/melalui wakil syarikat pembekal minyak kepada ketua setiausaha,KPDNHEP *Turut sertakan salinan dokumen sokongan yang dikehendaki. *Hanya pengarah syarikat/pemegang saham sahaja berurusan dikaunter. Urusan melalui wakil tidak dilayan. | |||
TEMPOH PROSES PERMOHONAN | 10 hari bekerja (tertakluk kepada dokumen lengkap yang diterima Kementerian.) |
JENIS LESEN | LESEN KEBENARAN PDA | LESEN CSA |
FI LESEN | RM25 SETAHUN *boleh dibuat melalui kiriman wang/ wang pos/ bank draf (bayaran secara tunai tidak diterima) | RM10 SETAHUN *boleh dibuat melalui kiriman wang/ wang pos/ bank draf (bayaran secara tunai tidak diterima) |
BAYARAN ATAS NAMA | Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKKK) | Pengawal Bekalan Malaysia |
Untuk malumat lanjut boleh rujuk GARIS PANDUAN KEBENARAN PDA 1 atau terus ke Laman Sesawang KPDNHEP.