Pengecualian Cukai di bawah Bursa Malaysia
By MALAYA CORPORATE
Pengecualian Cukai bagi kos memasuki pasaran Bursa Malaysia
Bagi syarikat yang ingin memasuki Bursa Malaysia, terdapat beberapa kos yang tersenarai untuk mendapat potongan cukai
Dalam Belanjawan 2020, telah dicadangkan untuk syarikat berdasarkan teknologi dan SME yang mendapatkan modal tambahan dengan menyertai pasaran Access,Certainty,Efficiency(ACE) atau pasaran Leading Entrepreneur Accelerator Platform (LEAP) layak mendapatkan pengurangan cukai sehingga RM1.5 juta dalam perkara-perkara berikut :
Bayaran kepada pihak berkuasa
bayaran yuran professional
bayaran underwriting, perletakan dan broker
Akta Pengurangan Cukai bagi perbelanjaan berkaitan kemasukan Bursa Malaysia bagi pasaran ACE atau LEAP telah digazetkan pada September 2020 untuk mengesahkan cadangan tersebut
Undang-undang ini sah terhadap syarikat berkaitan teknologi yang memohon untuk menyertai pasaran ACE dan LEAP di Bursa Malaysia dari tahun 2020 ke 2022. Kos-kos berikut yang dikira dari perbelanjaan tahunan syarikat layak mendapat potongan cukai syarikat
1.Bayaran kepada pihak berkuasa
2.bayaran yuran professional
Yuran nasihat kepada penaja (cth : penasihat utama untuk kemasukan ke pasaran ACE) atau penasihat disahkan (cth : penasihat utama untuk kemasukan ke pasaran LEAP)
Yuran kepada setiausaha syarikat, penasihat cukai, akauntan, auditor, pengkaji pasaran bebas, pendaftar saham dan lain-lain yang berkaitan bagi pendaftaran ke Bursa Saham
3.bayaran underwriting, perletakan dan broker
Jumlah maksimum potongan cukai iaitu RM1.5 juta hanya boleh dituntut oleh syarikat berasaskan teknologi bagi tempoh asas dalam tahun korporat sekiranya syarikat tersebut memasuki pasaran ACE atau LEAP. keuntungan bagi tahun tersebut akan dikira terlebih dahulu sebelum potongan dibuat. Sekiranya tiada keuntungan atau kekurangan jumlah dalam tahun tersebut, pengurangan tidak dapat dituntut dan tidak boleh dibawa ke tahun seterusnya.
Akta tersebut mendefinisikan terma-terma berikut :
(a) Badan Kerajaan
Suruhanjaya Keselamatan Malaysia dan Bursa Malaysia Securities Berhad
(b) Syarikat berasaskan teknologi
Syarikat yang beroperasi dalam reka bentuk, pembangunan, pembuatan, produksi dan apa sahaja aktiviti yang disenaraikan dalam jadual (rujuk apendiks) yang telah disahkan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad sebagai perniagaan utama syarikat tersebut
Akta tersebut sah dari tahun 2020
Penjadualan akta menyatakan syarikat yang memohon hendaklah menjalankan operasi dalam bidang yang tersenarai dalam senarai berikut :
Telekomunikasi
Eletronik dan Teknologi Maklumat
Telekomunikasi
Perkasasan / Alatan
Automasi dan sistem pembuatan fleksibel
sains hidupan dan bioteknologi
penjagaan kesihatan
optik elektro
optik tidak sejajar dan optoelektronik
bahan serba maju
aeroangkasa
pengangkutan
servis tambah maju (pembelajaran dan latihan)
Akta tersebut melayakkan sesebuah syarikat mendapatkan potongan cukai dengan jumlah yang sama dengan perbelanjaan berikut bagi syarikat yang memasuki pasaran ACE atau LEAP dengan tujuan mengira keuntungan bagi tempoh asas dalam tahun kewangan tersebut .
1. Bayaran kepada Bursa dan Suruhanjaya Keselamatan Malaysia
2.Bayaran Yuran Professional berikut :
Yuran nasihat kepada penaja atau penasihat disahkan berkenaan kemasukan ke pasaran ACE atau LEAP
Yuran kepada setiausaha syarikat, penasihat cukai, akauntan, auditor, pengkaji pasaran bebas, pendaftar saham dan lain-lain yang berkaitan bagi pendaftaran ke Bursa Saham
3.bayaran underwriting, perletakan dan broker
Pemotongan yang dibenarkan dalam akta mengikut syarat-syarat berikut :
Syarikat tersebut hendaklah memohon untuk memasuki pasaran ACE atau LEAP dalam tahun kewangan 2020 ke 2022
pengurangan hanya boleh dimohon oleh syarikat pada jangka asas dalam tahun yang sama syarikat tersebut memasuki pasaran ACE atau LEAP
jumlah keseluruhan potongan tidak melebihi RM1,500,000.00
the amount of deduction shall not exceed RM1,500,000;
the amount of deduction shall not exceed RM1,500,000;
the amount of deduction shall not exceed RM1,500,000