Prosedur Penukaran Syarikat Persendirian kepada LLP
By MALAYA CORPORATE
Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) adalah suatu badan berdaftar yang berasingan dari ahlinya. Sekiranya berlaku perubahan pada ahli, ianya tidak akan memberi kesan terhadap kewujudan, hak dan liabiliti LLP tersebut.
Pegawai Pematuhan
Bagi setiap PLT, mereka wajib melantik seorang Pegawai Pematuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dengan mengesahkan identitinya melalui MyLLP Portal.
Kriteria bagi Pegawai Pematuhan yang dilantik adalah seperti berikut :
Salah seorang dari rakan kongsi atau individu yang berdaftar sebagai setiausaha syarikat dibawah Akta Syarikat 2016
Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap berumur 18 tahun ke atas
Maklumat Yang Diperlukan
Bagi permohonan penukaran syarikat persendirian (sdn bhd) ke syarikat LLP, permohonan boleh dibuat kepada pendaftar dengan menghantar maklumat-maklumat berikut :
- Nama dan nombor pendaftaran syarikat
- Tarikh penubuhan syarikat dibawah Akta Syarikat 1965/2016
- Pengakuan bahawa pada tarikh permohonan ,syarikat tersebut adalah mampu untuk membayar hutang-hutangnya sepanjang tempoh perniagaan berlangsung
- Pengesahan bahawa pada tarikh permohonan, segala fi atau yuran tertunggak pada mana-mana badan kerajaan telah dibayar
- Pengesahan bahawa syarikat tersebut telah menerbitkan iklan dalam sekurang-kurangnya 1 akhbar yang diedarkan di seluruh Malaysia bahawa syarikat tersebut ingin bertukar ke LLP
- Pengesahan bahawa semua kreditor / pemberi hutang bersetuju dengan pertukaran ke LLP
- semua pemegang saham dan pemberi hutang bersetuju atas pertukaran
- Nama cadangan LLP
- Jenis perniagaan umum LLP
- alamat berdaftar LLP
- Nama dan butiran setiap ahli yang akan menjadi rakan kongsi
- nama dan butiran pegawai pematuh
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran / pertukaran dari syarikat persendirian ke LLP adalah RM500 (bayaran pada SSM)
Nota Tambahan
Selepas syarikat berjaya ditukar dari syarikat persendirian ke LLP, notis pertukaran akan dikeluarkan. Sijil pertukaran hanya akan dikeluarkan apabila yuran dan permohonan telah lengkap