crop colleagues shaking hands in office

CONVERSION FROM PRIVATE TO PUBLIC COMPANY

Penukaran Taraf Syarikat daripada Syarikat Persendirian kepada Syarikat Awam

Penukaran Taraf Syarikat persendirian kepada Syarikat Awam dibawah Seksyen 41 (2) Akta Syarikat 2016 dimana penukaran itu boleh dilakukan melalui suatu ketetapan khas dan beberapa dokumen sokongan perlu diserah simpan kepada Pendaftar seperti:

  1. Notis penukaran dan cadangan nama syarikat yang sesuai setelah penukaran dilakukan
  2. Surat penyataan sebagai ganti prospektus
  3. Suatu akuan berkanun yang mengesahkan bahawa perengan 190 (2) (b) telah dipatuhi

Prosedur penukaran taraf

Prosedur bagi penukaran taraf syarikat adalah seperti berikut:

  1. Pada Mesyuarat Lembaga Pengarah, ahli mesyuarat perlu menimbangtara dan membuat keputusan berkaitan cadanga penukaran taraf syarikat kepada Syarikat Awam
  • Lembaga pengarah perlu mengarahkan Setiausaha bagi melaksanakan persidangan bersama ahli untuk menyerahkan ketetapan khas :
  • Mengenai penukaran syarikat daripada syarikat persendirian kepada syarikat awam dan cadangan nama syarikat yang sesuai setelah penukaran dilakukan
  • Mengenai perubahan sekatan yang dilaksanakan bagi syarikat persendirian didalam perlembagaan syarikat (sekiranya ada)
  • Setiausaha perlu menyediakan
  • Penyataan sebagai ganti prospektus
  • Suatu akuan berkanun yang mengesahkan bahawa perenggan 190 (2) (b) telah dipatuhi
  • Selepas mendapat kelulusan bagi ketetapan khas yang berkaitan, Setiausaha perlu menyerah simpan dokumen kepada Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 14 hari dan membayar yuran bagi meluluskan penukaran taraf syarikat tersebut
  • SSM perlu memberikan surat sokongan atau pemindaan bagi merekodkan penukaran tersebut dan mengeluarkan notis penukaran serta membatalkan notis pendaftaran atau perakuan pemerbadanan terdahulu mengikut yang berkenaan.
  • Selepas penerimaan notis penukaran tersebut, penukaran secara langsung akan berkuat kuasa dan syarikat perlu melakukan perubahan pada cop mohor, sijil saham, cop getah, kepala surat dan perlembagaan syarikat (jika perlu)
  • Syarikat perlu memberi pemakluman kepada yang berurusan dengan syarikat tersebut mengenai perubahan nama dan taraf syarikat tersebut.

Fi Pendaftaran

Fi penukaran taraf syarikat daripada Syarikat Sendirian Berhad kepada Syarikat Awam adalah RM 500.00

Kesan daripada penukaran

Kesan penukaran taraf syarikat tidak akan menjejaskan identiti, hak dan obligasi syarikat tersebut dan tidak akan merosakkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat tersebut. Oleh yang demikian, segala prosiding undang-undang yang dimulakan dan dijalankan sebelum penukaran syarikat dilakukan boleh diteruskan.