HOW TO APPLY PETRONAS LICENSE

PETRONAS

Penglibatan sesebuah entiti di PETRONAS adalah berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Peraturan-Peraturan Petroleum 1974. Bagi entiti yang ingin membekal barangan / perkhidmatan di dalam sektor minyak dan gas di Malaysia perlulah mempunyai lesen yang sah.

Terdapat beberapa perbezaan dan ciri-ciri untuk permohonan lesen atau pendaftaran seperti yang dinyatakan di bawah:

JENIS PERMOHONANLESENPENDAFTARAN
SKOP PERNIAGAAN/ PERKHIDMATANmembekal barangan/perkhidmatan kepada sektor huluan (upstream) industri minyak dan gas di Malaysia dan sektor hiliran (downstream) kumpulan syarikat-syarikat PETRONAS.membekal barangan/perkhidmatan kepada sektor hiliran (downstream) kumpulan syarikat-syarikat PETRONAS sahaja.
Contoh: Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC), anak syarikat PETRONAS, Kontraktor Fabrikasi Luar Pesisir, MISC dan lain-lain.Contoh: Hanya Anak syarikat PETRONAS
PERBADANANSyarikat mestilah diperbadankan di Malaysia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dengan badan-badan professional yang berkaitan.
JENIS PERNIAGAANHanya untuk syarikat Berhad dan syarikat SDN BHD
CARA PENGLIBATAN SYARIKAT ASINGMelantik syarikat tempatan sebagai Ejen. *Sekiranya melantik ejen tempatan, syarikat asing digalakkan untuk memilih ejen tempatan dari vendor yang mempunyai berlesen / berdaftar dengan PETRONAS untuk memastikan bahawa syarat Lesen dan Pendaftaran PETRONAS dipenuhi sepenuhnya.   Membentuk syarikat Joint-Venture (JV) tempatan dengan rakan kongsi tempatan. *Sekiranya melantik rakan JV tempatan atau membuka cabang lokal, perusahaan asing harus mematuhi persyaratan seperti yang ditetapkan dalam Pedoman Umum dan mengajukan permohonan Lesen dan Pendaftaran melalui PLMS.   Membuka cawangan tempatan di Malaysia.
STANDARD BIDANG KERJA & KELENGKAPANSyarat-syarat yang perlu dipenuhi dan jenis-jenis produk/perkhidmatan yang dibenarkan boleh rujuk Standardised Work and Equipment Categories (SWEC).  
MODAL BERBAYARMinimum RM 100,000Minimum RM 10,000
CARA PEMOHONANPermohonan dibuat secara dalam talian melalui laman web PETRONAS di PETRONAS Licensing Management System (PLMS). untuk panduan permohonan boleh rujuk di Supplier User Guide *Hanya satu permohonan sahaja dalam satu masa   Permohonan mempunyai 2 peringkat: Peringkat 1 (syarikat) – syarikat akan memaklumkan mengenai status kelulusan/ penolakan melalui e-mel (samaada permohonan memenuhi syarat-syarat am)Peringkat 2 (SWEC) – syarikat akan memaklumkan status kelulusan/ penolakan bagi permohonan SWEC melalui e-mel
TEMPOH PROSES PERMOHONAN2-4 minggu dari tarikh permohonan
TEMPOH SAH LESEN3 tahun 2 tahun bagi syarikat baru ditubuhkan yang kurang daripada 18 bulan dari tarikh permohonan.
YURAN TAHUNAN LESEN *berdasarkan modal berbayar  Modal Berbayar (RM) Yuran Tahunan (RM) 100,000 – 1,000,000 250 Melebihi 1,000,000 – 5,000,000 500 Melebihi 5,000,000 1,000           *Yuran lesen perlu dibayar dalm tempoh 14 hari dari tarikh e-mel dihantar kepada syarikat *pembayaran perlu di buat secara dalam talian. Pembayaran secara wang tunai/ wang kiriman/cek peribadi tidak diterima.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk PANDUAN AM PERMOHONAN LESEN DAN PENDAFTARAN PETRONAS dan boleh terus ke laman rasmi PETRONAS dibawah > Be Our Partner >  Licensing & Procurement in Malaysia